Sertai barisan vendor di RM5 Food Fest!

Tawaran hebat untuk anda mempromosikan hidangan terbaik dengan harga Rahmah hanya RM5. Ini peluang untuk menonjolkan kreativiti menu anda kepada ribuan pengunjung. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada festival makanan paling meriah di Kulim!
Nota Penting untuk Vendor:
-
Kami ingin memaklumkan bahawa penyertaan vendor yang menjual minuman tidak lagi diterima kerana kuota untuk kategori minuman telah penuh. Sekiranya anda menjual makanan atau produk lain, anda masih dialu-alukan untuk membuat tempahan.
-
Bayaran penuh mesti dibuat semasa pengesahan untuk mengesahkan ruang gerai anda.
-
Bayaran tidak akan dikembalikan kecuali jika acara dibatalkan oleh penganjur.
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Mewarna Kulim Festival 2025 direka khas untuk si cilik yang penuh kreativiti! Sertai kami untuk aktiviti yang menyeronokkan, mencungkil bakat seni anak-anak, dan menangi hadiah menarik. Bawa imaginasi mereka ke dunia warna-warni yang penuh inspirasi!
Bagi pendaftaran secara berkumpulan, sila berhubung dengan Ms. Teh melalui WhatsApp di +60 17-569 7752. Semua peserta wajib membawa peralatan mewarna sendiri (pensel warna) pada hari pertandingan.
Tambah Perkhidmatan Pilihan Anda
Item tambahan untuk sewaan sepanjang acara sahaja, kecuali banner.